Wednesday, November 14, 2012

Detik. Pantas.

21 October 2012. Fetch mak and ayah at the airport, ticket ke Alor Setar org ticketing tak berani nak issue since hujan tak menentu last week. Afraid if my parents berdepan dengan delay yang lama. I made decision to at least try for any luck for bus ticket. Seeing my parents going back to Kedah by bus is really killing me inside. I went to Hentian Kajang with Izzat, walking around surveying for available ticket. I made it, we managed to buy two tickets to Changloon 11.30 pm 21 October 2012.

After supper, Mak Ayah suruh aku bergerak balik ke Shah Alam. Jangan lewat sangat kata mereka. Takut anak mereka ini meredah malam seorang diri. Tengok Mak dengan Ayah dari side mirror lalu jalan, tak sanggup rasa hati nak biarkan mereka tua tanpa ditemani kami. Tengok Mak Ayah lalu jalan bawa bag pun aku dah sedih! Tapi, Mak Ayah jangan risau, Izzat Hilmi ada menawarkan diri menghantar saya kembali ke Shah Alam. Berterima Kasih kepada Mie dan Shazz yang turut sama turun padang konvoi sekali. Terima Kasih juga untuk escort ke airport . Walaupun saya sering kali ke sana, bila kepala sudah rungsing, simpang depan rumah boleh terlajak. Grand Pix kat sepang sana buat kaki lenguh tekan clutch.

Bersyukur mak ayah selamat tiba di Kampung Guar dengan selamat. Walaupun pepijat mengganggu ketenteraman mak tidur, syukur mereka selamat.

24 October 2012. 6.35am, warga KL ada yang sudah meredah jammed, ada yang baru berwuduk solat subuh dan tidak kurang juga ada yang tersengguk ketika menunggu boarding untuk meneruskan perjalanan. Giliran aku pula untuk kembali ke pangkuan tok yang sedang sakit dan menemai mak dan ayah di kampung. Abang, momel dan o'on.. pada mulanya kakak plan raya aidil adha seorang diperantauan. Rupanya agenda Allah lebih baik rencananya, aku beraya bersama mak dan ayah. Kamu bertiga bersama Apak dan Inak di Sabah sana. Abang Aneep, adik tau abang jaga Momel dengan O'on sangat baik.

Terima kasih lagi kepada perwira hati IHM kerana sudi menghantar saya ke airport. Bersyukur di sayangi.
7.40 am. Tiba di bumi jelapang padi. Setia menunggu di ambil. Sebaik masuk kereta rentak kepala tersengguk-sengguk dah macam ala-ala follow rentak Fafau kat HotFm. Blank, ngantok bukan kepalang. Tiba di rumah Tok. Ramai di dalam bilik Tok. Cari tangan ayah, cium. Cari tangan mak, cium. Bergegas ke bilik. Uniform di ganti. Turun ke dapur. Rentak Fafau da habis, rentak perut pula berlagu... Roti Canai kampung, terbaik.

Menjeling ke dalam bilik tok, tok sedang duduk di kerusi sambil berbantal kan bantal kecil di leher. Sedih hati melihat, melangkah masuk dengan perlahan. Tok hulur kan tangan, cium tangan tok. Pegang sebentar.  Duduk sebentar meratapi insan yang sedang sakit tapi tidak pernah sekali kami dengari rungutan dan keluhan. Tanggungjawab lain dilaksanakan. Mak perlukan bantuan di dapur.

Makan tengahari sudah siap di masak. Sedang sedia untuk dihidangkan. Bila mereka sudah kenyang piring sendiri di cuci, dapur kembali kepada yang mengambil kontrak membersihkan dan mengemas. mak dan aku. Yang lain berlalu dengan tugas masing-masing.

Malam menjelma, kurang pengunjung datang menziarahi tok. Masa terbaik untuk diluangkan bersama. Aku bacakan yassin utk tok. Sunyi, hanya aku dan tok di dalam bilik. Sambil tok tenung muka cucu perempuan dia, sambil tok hulurkan tangan. Berkerut dahi melihat, tok tak pernah begini. Aku dekatkan mulut ke telinga bertanya, tok nak apa-apa tak? Tok dengan erat memeluk aku. Terima kasih dengan kudrat yang tok gunakan untuk pelukan itu. Ruhainah ingat sampai bila-bila. Air mata mengalir, bacaan sudah terganggu. Tok, Ruhainah sayang tok.

25 october 2012. Berpuasa, sunat wukuf arafah. Kurang tugas berperang di dapur bersama mak. santai petang itu. Yang boleh di recall kembali hanyalah, naik motor ke kedai depan lebih 4 kali beli itu beli ini.
Malam tiba, duduk di bilik tok. Ada yang bertanya, tok menjawap. Nak balik ke sana. Sambil ibu jari di tunding ke atas. Aku terdiam. Tok......

Ketupat dan kari daging untuk esok. masakan dari Mak dan Ayah. Mak asalnya dari sabah, anyaman ketupat mak dah sama macam tok nyang yang hayatnya tidak sempat ke sabah. Mak cepat belajar,penat di dapur. Mak dah wangi tidur sebelah aku, Ayah naik ke bilik, berehat sebentar, bahu lenguh. Nak dipicit sedikit. Mak dah baring nak tidur, ayah minta mak picit bahu, Mak bangun patuh permintaan ayah. Hati kecil kagum, aku nak jadi macam mak. Ayah berlalu setelah kembali segar, melaksanakan tugas menemani ibunya yang sedang sakit tidur untuk malam itu.

26 October 2012. Jumaat, hari penghulu segala hari. Salam aidiladha 1433H.
4.30 pagi, ayah kata tok dah semakin tenat. Paginya aku lihat keadaan tok, hati semakin sedih melihat tok. Sakitnya yang tak pernah kami dengar rungutannya. Berat melihat sakit yang ditanggung, satu rungutan dari mulut tok tak sekali kami dengari. Tabahnya hati tok, aku harus jadi macam tok. Redha dengan ketentuanNya. Sebelum warga kampung Guar pergi menunaikan solat raya. Aku kagum dengan semangat mereka, singgah ziarahi tok. surah yassin di baca ramai-ramai. Terima kasih sebab sayangkan Tok Chu.
Tok semakin tenat, aku bacaan kan yassin sambil hidung merah menahan sedih. Mak duduk di sebelah aku, sedang menahan sebak melihat tok. Mak tidak berkesempatan bacakan tok yassin, bulan merah..

aku dekatkan mulutku dekat di telinga tok, tok turuti dengan baik. Alhamdulillah, tok masih lancar mengucap. Saat genting berakhir setelah takbir di surau berkumandang. Usai semua di surau bersolat sunat aidiladha, beramai ramai warga kampung singgah di rumah. Bacaan yassin berjemaah lagi untuk ke dua kalinya pagi itu. Terima kasih warga kampung, nasi goreng aku masakkan pagi itu hanya boleh mengisi beberapa perut sahaja. Dulang berisi makanan dari surau pula di hulur, terima kasih warga kampung. Kalian semua baik hati belaka. daging masak kicap berada di dalam dulang. Dulunya masakan rasmi bagi Tok untuk di masak dan di bawa ke surau. resepinya simple, sedapnya kau pasti tambah lagi. Sangat sedap. Sayang, tiada siapa yang sempat belajar masakan simple tapi sedap. Rugi, rugi besar bagi aku. Aku ambil sesudu daging kicap dalam dulang, aku rasa. Selera ku mati. Mungkin rasa sedih bila merasakan daging kicap sedap tak akan kami rasa lagi.

Solat Jumaat.

Aku sediakan baju melayu, kain pelikat dan kopiah untuk Ayah. Tuala aku hulurkan kepada Ayah untuk dia kembali segar mandi sebelum ke Jumaat. Perigi depan rumah, rindu mandi di sana. Waktu kecil, Tok tolong penuhkan 3 baldi besar untul aku nikmati sejuknya air perigi segarnya bila dah mandi. Sekarang dah besar. Bilik mandi ada, mandi kau di sana iena.

Segar, berwudhuk dan solat Zohor. Aku bacakan doa lazim selalu aku bacakan. Aku tambahkan doa yang tak pernah aku doakan. Apa yang terbaik bagi Tok, semoga di permudahkan.

Selesai bergilir makan tengahri, selesai bergilir menjaga Tok di bilik. Kali kedua saat genting Tok kembali tenat, nafas sudah semakin perlahan. Ayah, Pak Ngah, Pak Lang dan Pak Cik duduk mengelilingi tok. Pak Lang, Pak Ngah bacakan Yassin. Ayah duduk di sebelah kanan Tok. Di bacakan yassin, berzikir dan bertakbir. Kebiasaan Ayah bila solat berjemaah dengan Tok, Ayah bertakbir sebelum pergi ke surau berjemaah. Tok tak dengar takbir lagi Raya Aidiladha Jumaat itu. Tapi aku yakin, setiap butir kata yang diucap oleh mereka yang berada di depan Tok, pasti tok dengar dengan jelas. Pak Cik setia di tepi kiri tok turut sama bacakan Al-Quran. Aku terus bacakan yassin, mak setia menemani duduk di tepi.

Selesai aku khatam bacaan Yassin berturut tiga kali, aku duduk di tepi katil. Mak duduk di sisi. Kami bercerita akan kisah silam bersama Arwah Tok Wan. Tok Wan yang sangat penyanyang. Pernah sekali dia bertanya kepada Mak, Li pernah pukul Ani tak? Li, panggilan Ayah di kampung. Ani, panggilan Mak. Mak tersenyum dan menjawap tak pernah sekali. Bertuah Mak dapat mentua macam Tok dan Tok Wan.

Tok Wa, abang kepada Tok. Tidak pernah tinggalkan Tok sepanjang saat genting Tok. Bertuah Tok ada abang penyayang macam Tok Wa. Tok Wa setia membaca yassin bagi Tok. Tok Wa, Ayah, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Cik, Mak dan Aku. hanya kami yang tinggal di dalam bilik..........

**********

3.30 petang, Jumaat 26 October 2012.
Mak pegang tangan aku tiba-tiba, "itu nafas terakhir tok" tersekat-sekat mak berkata. Aku lihat, Tok menghembuskan nafas dengan tenang. Setenang-tenangnya. Mak naik ke katil sambil pegang tangan tok. "Ayah, tok...." Ayah tenang sambil berkata. Tok dah pergi, dengan tenang. Aku peluk Mak. Tak pernah aku alami benda sebegini di depan mata aku sendiri. Tak pernah aku rasakan keluarga terdekat aku pergi. Semua nya pengalaman pertama bagi aku. Aku keluar dari bilik. Berlalu ambil apa yang patut.

Aku sampai kan berita menerusi message ringkas, Tok dah pergi, dengan tenang. Aku message abang, momel dan izzat.

Aku tolong sedikit sebanyak masa nak mandi kan tok. Aku sambung bacakan yassin bila jasad tok terbaring kaku di katil. Sebak. Sangat!

Aku terkejar-kejar tunaikan solat asar. Zohor dan Asar, jaraknya tak jauh. Doa ku titipkan selesai solat Zohor, lain pula doa aku titipkan ketika solat Asar. Menyedarkan aku betapa singkatkan hidup ini. Kita diazankan ketika baru lahir, disembahyangkan selepas kita mati. Itu detik pantas, jarak tak jauh. Orang dah semakin ramai Senyuman sahaja aku boleh lemparkan kepada semua orang. Tak menang tangan nak salam dan kucup tangan semua orang. Aku beralih ke ruang tamu depan yang lebih besar, aku lihat mereka sedang sibuk menjahit kain kapan untuk alas. Aku diberi tugas menjahit bantal. Aku jahit sekemas mungkin. Sebaik mungkin. Mujur pernah belajar cara menjahit tudung di waktu sekolah dulu. Aku jahit, biar kemas. Itu hadiah terakhir aku untuk Tok.

Jasad tok kaku di ruang tamu. Maghrib tiba. Semua banyak kembali pulang ke rumah menunaikan solat Maghrib. Aku berjemaah dengan Ayah. Selesai solat, aku duduk di sisi Arwah tok. Hujan turun dengan lebat, selebat lebat nya. 8 Malam, jenazah Tok di bawa keluar dari rumah. Aku lihat mak di hujung menahan sebak melihat Tok di bawa pergi. Aku melangkah ke arah mak. Peluk Mak. Bersabarlah mak.

Aku gagahkan hati ke Masjid tempat di mana Tok dikebumikan. Segala-galanya pertama kali untuk aku, Tok merupakan orang pertama selama 22 tahun aku hidup aku tatapi mukanya yang begitu tenang di ambil nyawa. Jenazah pertama yang aku turut sama berjemaah sembahyangkan. Jenazah pertama yang aku lihat masuk ke liang lahad. Semuanya menyedarkan aku, mati itu bila-bila sahaja.

Semuanya selesai 9.30 malam. Aku peluk tangan ayah tinggalkan tanah perkuburan. Tok disemadikan sebelah Tok Nyang. Moyang aku, mak kepada Tok.

Salam Maal Hijrah 1434H. Tak sangka, baru beberapa minggu tok pergi. Rupanya itu kejadian tahun lepas. Aku hadiahkan bacaan Yassin kepada mereka. Usai doa tahun baru aku baca selepas maghrib tadi. Bila terkenang akan kampung, rasa sedih di dalam hati. Bila tok tiada lagi. Dapur kayu tok mana mungkin berasap lagi. Ikan bakar tok mana mungkin aku rasa lagi. Senyuman manis tok, mana mungkin aku lihat lagi. Mengikut perkiraan, akulah orang terakhir tok peluk. Terima Kasih untuk kudrat Tok malam itu. Terima Kasih untuk baju kurung batik merah jambu pilihan Tok.

Lumrah dalam keluarga, waktu arwah Tok masih ada.. ayah bila masa di buli.. Ayah dengan nada sedih berkata 'Mak..depa buli Li' aku sebak bila teringat, mana mungkin ayah berkata empat patah perkataan itu untuk meraih simpati lagi. Mungkin berubah kepada 'Mak..Li rindu Mak' siapa tahu hati Ayah bila sedang bersedih..

Tiga hari terakhir bersama Tok. Banyak perubahan yang berlaku. Salam Maal Hijrah semua.

Friday, 26 October 2012. Tok passed away after struggling fight against lymphoma cancer. Tok, Ruhainah sayang Tok. Terima Kasih sebab pilih nama Ruhainah =)


Langit cerah, Kampung Tok =)



2 comments:

Khairieah said...

sebaknya..
takziah atas pemergian Tok yg tersayang. moga arwah berada bersama yg dirahmati..
be strong and selamat menjalani tahun baru Hijrah.

kita taktau bila masa kita akan tiba..saya tau saya jarang bercontact2 dengan kawan2 tapi saya tetap sayang dan ingat kenangan bersama. hope the memories remain..

ikhlas,
K'rea.

Iena Ruaina said...

Thanks Krea =)

Pengalaman pertama banyak buka minda saya, tengok orang sakit.. redha dengan ketentuanNya, tengok masa di ambil Nyawa. banyak sangat buat rasa takut dengan mati.

Jauh tak maksud tak ingat, semua dalam doa =)