Friday, January 13, 2012

Tentang durian.

Durian, siapa sebenarnya tak suka durian? Kenapa tak suka? Sebab berbau menusuk menerobos hidung tanpa segan dan silu? Saya suka durian. Suka gila akan durian. Waktu kecil pernah menerpa menuju longgokan durian dengan niat di hati ingin memeluk mesra durian yang sedap. Tak tahu pula durian tu ada duri yang memberi kesan yang tajam. Kenapa begitu bengong?!

Kisah durian.

Ayah ada kebun durian. Dan juga buah buahan lain la. Tapi disebabkan cuti sekolah dah habis. Komitmen harus diberikan sepenuhnya untuk mendidik murid di sekolah. Ayah terpaksa mencari alternative lain untuk memastikan tiada orang lain yang 'tolong' memungut hasil durian yang dah jatuh ke bumi.Apak, my grandpa. Dia mencari seluruh daerah siapa yang sudi untuk memungut hasil durian. Akhirnya Apak temui 5 beradik yang tinggal di hujung kawasan rumah Apak. Mereka bukan rakyat Malaysia. Tapi aku tak pasti mereka dan Ibu mereka ada kad pengenalan M'sia atau pun tidak. Jangan tanya bagaimana mereka layak mendapatkan sekeping kad berwarna biru seperti kita sedangkan mereka bukan warganegara? Politik babe. Ape lagi.

Kisah lima beradik.

Kesempitan hidup memaksa mereka untuk mencari alternative lain bagi menampung hidup. Dalam 5 beradik , ada abang yang sulung, sulung bukan bermaksud suda dewasa. Baru sahaja berada di tingkatan 3. kakak dan adik-adik kecil. Abang yang sulung memimpin adik ketika terpaksa melintas jalan raya utama KK-Sandakan sana. Kebun durian Ayah berada di tepi jalan utama. Abang diberi gaji rm8 sehari. Yang kakak pula rm6 sehari. Adik-adik yang kecil rm4 sehari. Gembira mereka setiap hari jika mereka mampu membawa hasil durian dengan penuh berhati-hati kepada Inak, my Grandma untuk dijual. Satu hari, si adik terjatuh ketika sedang turun dari kebun Ayah. Si adik hanya menggunakan bag plastik dan disandangnya plastik tersebut di bahu. Aku pun tak tahu bagaimana dia sabar dengan tusukan duri di bahagian belakang badannya. Kagum saya di situ. Adik terjatuh dan belakang tertimpa durian. Sakit bukan kepalang. Lagi sakit dari c iena pada waktu kecil pergi menerkam durian. Adik menangis, si Abang berlari mendapatkan adiknya meninggalkan durian yang dipikul. Di pujuk adik kecil untuk berhenti menangis. Seketika kemudian, berhenti. Tanggungjawab yang dipikul seorang abang. kagum lagi saya di situ.

Tidak kira hujan atau pun tidak, mereka gembira melakukan kerja lima beradik. Mungkin mereka bernyanyi bersama berjalan seiring. Comel!

Mak dan Ayah bersyukur banyak ada yang membantu, kadang-kadang di petang hari mereka menjenguk Apak dan Inak di kebun. Ayah kopekkan durian bagi lima beradik. Mereka suka, saya pun suka durian adik-adik. Ada bekas plastik yang mereka bawa kadang-kadang. Durian yang ayah bagi, mereka bawa untuk Ibu yang berada di rumah. Tapi bekas plastik tidak pernah mereka bawa naik ke atas kebun Ayah. Mengelakkan fitnah berlaku. Takut dituduh mencuri durian di atas sana. Bijak sungguh mereka. Tidak terlintas untuk Mak dan Ayah mahupun Inak dan Apak berasa marah. Tapi mereka berlaku jujur terhadap orang. Kagum.

Syukur dengan buah durian yang tak payah sibuk berunding harga di pasar malam. Jika musim telah tiba, ada sahaja 2,3 biji dirumah. Pg dapaur dan makan. dan bersyukur lagi, jualan selalu mencecah ribu. Rezeki Allah =)


Kisah durian pasar malam.

Bangi, 2 tahun lepas. 

May : iena, mari beli durian ni ari.
Iena : mari la, mengidam suda ni.
Aisyah : *berkerut, hape la dua org ni dok berbisik


Pasar malam bangi.

Iena : Pak cik, durian ni kire cane? *sot, tibe bahasa berubah.
Pak Cik : 2 rm10
May : Beli la na, kita share.

ok, bayar dan balik.


Hostel kptm

Senyum dua orang gadis menanti makan durian, agenda rahsia. Aisyah tak tahu. Dia tak suka durian sebab pening terhidu durian. Tapi dia suka tempoyak. Terima kasih durian tak bau sangat dalam taxi tadi ;)

Iena : Mari makan *sambil senyum2*
May : jom jom jom.

Di bukanya plastik bag satu persatu, di ikutkan petunjuk bau mana yang harum semerbak. Eh, mana durian?! 

May : Iena, ko ada ambil ka lepas bayar tadi?
Iena : Nda da, ingtkan ko suda ambil. Sibuk cr dompet kan sia waktu tu.

Ouh, patutla tiada bau durian dalam taxi. Durian masih berada di pasar malam. Bayar dan balik. sapa suruh. 

Banyak yang dilalui bersama, tidak terhingga sayangnya saya pada kamu =)


Reminiscence today. 


Saya tak suka cake durian, jem durian, jus durian dan sebagainya. Saya suka ori je.
Dan tak suka tempoyak, aiyak!

No comments: