Sebagai mana encik jejaka bertanya kepada saya waktu rambut saya masih blonde saya dengan ini tersipu-sipu tersengih kambing nak mengemukakan hasrat di hati.
Dengan ini, saya amatlah berbesar hati jika encik jejaka boleh menjadi butiran gula untuk saya. Saya amat berbesar hati jika encik willing to do that. Saya suka makan cake dekat secret recipe waktu duit dalam bank ada lebihan 3 angka atau lebih tidak termasuk titik dan dua kosong dibelakangnya. Jadi mengikut aturan ketika duit lebih tiga angka dalam bank sewaktu hati gembira tanpa resah menambah kolestrol dalam badan, secret recipe amatlah berbaik hati memberi green tea dan coffee diwaktu petang untuk di nikmati bersama. Saya tak kesah minum green tea tanpa gula, asalkan encik jejaka mampu memberikan kemanisan senyuman dan keindahan petang bersama. =)
ah melampau sungguh iena, sudah sempurna makhluk ciptaan Allah, disuruhnya jejaka itu menjadi gula.
Tidak habis dengan kolestrol dalam cake saya juga suka menikmati ais cream tidak kira masa. Jadi amatlah di alu alu kan kesanggupan encik untuk sanggup beratur demi saya untuk membayar sebiji ice cream nak nak lagi kalau beli dekat giant. bukan encik tak tahu, rakyat Malaysia semakin besar nama, semakin suka mereka. Saya berjanji tidak akan meminta minta untuk dihidangkan ice cream Baskin Robin, Häagen-Dazs ataupun ice cream mahal yang seangkatan denganya. Tidak sanggup saya memokai kan encik demi perut saya sendiri.
melampau lagi iena ni, dah 21 tahun nak BF yang boleh beli ice cream je? seriously!?
Walaupun elaun Mara setiap bulan masuk dan Ayah tidak pernah putus memberikan belanja bulanan terhadap manusia tidak reti berjimat ini, saya tidak pernah berjaya untuk memiliki jumlah saving yang boleh dibanggakan. Meratapi nasib begini, saya amatlah berharap jika encik berjaya menanamkan sifat cintailan duit anda di dalam hati dan sanubari saya. Sudah banyak wishlist yang ditulis tapi diri sendiri selalu muflis. Ouh encik, jadilah menteri dalam hidup saya. Semoga dengan berjaya nya encik membantu saya berjimat dan menabung, kelak harinya encik boleh menarik nafas lega dengan kehidupan saya. Saya juga tidak meminta encik untuk menjadi machine ATM saya, saya tidak suka meminta-minta.
ini baru betul, ouh i really wish to have someone that can change me :) mendidik diri ini utk berjimat tapi tidak la kedekut sampai aku nak beli test pad pun kau membebel berjela2.That's so dangerous.!
Kadangkala, usia saya 21 tahun. Kadangkala juga saya merasakan saya baru sahaja mendapat 5A dalam UPSR bulan lepas. Motif? tidak dapat dinafikan, saya masih lagi tidak matang sepenuhnya. kadangkala memilih untuk terus melangkah pun saya tidak pasti di mana harus saya mulakan. Dengan ini, hati dengan tulus ikhlas berdoa. Berikan la saya seorang jejaka yang mampu membimbing dan mendidik saya untuk jadi lebih matang hendaknya. yang boleh saya bertanya, apa yang harus saya lakukan.Hoish, kalau dapat BF direct matang mau hentak juga kepala kat dinding setiap malam. Bagi balance sudah ;)
best ba, kalau you said a lame things. Then ur BF will change your perceptions toward that thing just with a simple word. Terkesima kau.
Sepertimana sudah banyak soalan exam yang saya jawab semenjak sekolah rendah dan sekolah menengah bagaimana mengatasi masalah gejala merokok dikalangan rakyat malaysia, saya dengan ini berkedip2 mata ingin meminta, agar encik jejaka tidaklah smoking ;) Sudah la dengan adanya jerebu di Malaysia ini, jangan la di tambah lagi jerebu yang merembes keluar ke alam semesta kita.
Boring kot nak menghadap kekasih hati kalau merokok, nak2 kena teman mereka merokok. *beruntung mantan kekasih tidak pernah sekali merokok di depan mata.
Saya juga berharap agar encik jejaka bisa membuat wishlist saya menjadi kenyataan. Bukan lah wishlist barang-barang mahal yang saya idamkan, cukup la sahaja jika encik jejaka mampu berada di sisi setiap kali ada event atau sewaktu dengan nya.=) saya berharap saya convo degree sudah ada encik jejaka. Ana kasi amin, nanti kan ko ada waktu tu.
My only wish, is to make my dream come true with my only one.
Saya tidak kesah jika saya bukan la the only girl yang encik jejaka berhubung setiap hari. saya tidak tegar mengambil 24/7 encik semata-mata melayan kerenah saya. Saya bukan la orang yang mampu menolong encik setiap masa, mungkin adanya pertolongan lain datangnya dari teman-teman encik jejaka. Saya dengan ini, tidak la akan cemburu buta semata. Nanti encik sendiri yang malu. Kesian encik jejaka. Saya percaya dengan cinta hati saya. Jadi kalau encik kantoi menipu, encik pandai la cari perempuan lain. Saya kalau dah sayang, memang sayang. Kalau dah benci, memang benci. Tapi takda la nak berdendam :)
I want to be your favourite hello and hardest goodbye.
saya bukan la mengharap kan seorang encik jejaka sebagai cinta hati semata. It would be nice, if your really bestfriend is your boyfriend :) Jadi dengan ini, saya berharap agar encik jejaka adalah seorang yang memahami. Paham dengan 5 minutes being silent saya dan sebagainya. Saya kadang-kadang ada masalah terdiam sebentar. Kesian saya.
Kalau ada BF yang memahami, mau tak bahagia mcm tu.
I have a bunch of friends that I grew with. So, I would like you to treat my friends nicely. I'll do the same things to yours. I'll respect your friend. Kawan saya banyak yang ting tong otaknya, jadi layan la mereka dengan baik encik jejaka :)
Ta nak aku ada BF yang di benci best friend sendiri.
dahla, buat public wishlist kang org ckp desperate pula. Takpe takpe, dah 3 tahun aku single. Ko kesah hape.
Conclusion, saya nak encik Jejaka yang blh membantu saya menjadi lagi matang dan independent :) Ada ketika duka, sentiasa memberi suka.
Dear Allah, grant me a man with a pure heart, who loves You the most, obey to his parents and love me for entirely
Banyakkan berdoa, dapat jodoh penyayang, penyabar dan pemurah. Full package dah tu =)
| Books, teman waktu cuti :) The other woman's shoes : Because one day, I'll be a woman. Things I want my Daughters to know : I am a daughter. Haha :p entah bila hendak mula baca. |
![]() |
Baby baby =) Nanti kita pergi klinik ya ;) |



4 comments:
iena! entry ni best! serius best! :)
btw, mantan kekasih elie juga tidak merokok n i've been thankful for that! tapi malangnya, jodoh tidak panjang..haha
Elie!!
thanks thanks :) tapi tak pernah berjaya buat entry berguna.haha :p
kita bertuah dengan itu :) hahaha
hopefully time ko degree nti, i'll b there (ofkos) with my bf along with urs. kami akan bw bunga byk2 n took u to eat ice cream aft that. hihi. we shared so many wishlist together. im hoping that u'll achieve urs someday.
keep having faith. our spouse is somewhere somehow, searching for us :)
Ana,
yeah. we shared lots of big wishlist together =) mesti BF kita jadi besfren. jaga kalau enda :p hahaha
Yeay ;) cant wait. !!
Post a Comment