Saturday, December 31, 2011

At the end of 2011.

Tahun 2011 bakal berakhir dengan seribu satu ragam. Dengan seribu satu azam yang saya pun tak tahu sudah dipenuhi dengan sebaiknya atau pun hanyala omongan kosong pelengkap tak nak kalah aku pun ada hajat besar juga. tak kira la hajat dari besar nak jadi kecil, hajat kereta kecil nak jadi besar. hajat besarkan empayar keluarga mahupun hajat meluaskan lagi almari untuk menampung baju-baju baru sepanjang Year End Sale di Malaysia ini.

Setiap kali tahun baru, I just feel the same thought in every year. Ok, tahun depan azam nak kurus. yeah, For many years sudah. Forget it. Kalau kurus, maka kurus la ia. Kalau tidak maka terima lah hakikat lepas ini awak la manusia paling obvious dalam setiap gambar sebab memonopoli ruang yang lebih besar berbanding orang lain. Dan paling tidak seronok sekali, sudah tidak berpeluang lagi lah bagi awak untuk memilih gambar kelihatan kurus sebab awak akan nyata sentiasa tidak kelihatan kurus lagi. Ah, sudah merepek.!

Boo! utk iena~

Hajat di hati adalah sebaiknya ingin mengatakan kesyukuran kepadaNya atas limpah kurnia bagi saya meneruskan kehidupan dan bakal terus hidup InsyaAllah bagi meneruskan lagi perjuangan sebagai seorang manusia di muka bumi ini. Walaupun kita sudah menyambut tahun hijrah yang baru, tapi memandangkan tahun Masihi adalah tahun standard sebagai makhluk bumi, jadi tidak salah bagi kita untuk berazam lagi untuk tahun baru yang bakal tiba ini. Sesungguh sebagai orang Islam kita beruntung, kita menyambut tahun baru sebanyak dua kali =) Sekiranya ada kurang saya mengatakan syukur, saya meminta maaf. Setiap manusia ada silapnya. Jika saya mengatakan syukur untuk benda yang remeh, jangan lah anda temehkan lagi.

Saya bersyukur ada keluarga yang bahagia

Saya bersyukur saya dilahirkan sebagai seorang Islam

Saya bersyukur saya pandai baca al-Quran

Saya bersyukur saya masih lagi menyambut hari kelahiran saya pada 28 Julai 2011 tahun ini dengan gembira.

Saya bersyukur ada abang yang tak hipokrit, sepertimana dia hendak yang terbaik untuk adik perempuan dia, begitu la juga dia berlaku baik terhadap perempuan lain.

Saya bersyukur ada adik perempuan yang rajin cuci kain.

Saya bersyukur ada adik perempuan kecil yang berani menghadapi kehidupan hidup berasrama tanpa ada kakak di sisi.

Saya bersyukur saya pandai bawa kereta manual. dan kami bersyukur dengan rezeki Tama Hitam.

Saya bersyukur saya boleh membaca, mengira dan menghafal.

Saya bersyukur kerana saya berjaya menghabiskan pengajian saya utk PTS, UPSR, SRU, PMR, SPM dan DIPLOMA.

Saya bersyukur kerana saya masih terbuka hati untuk meneruskan pengajian di peringkat DEGREE.

Saya bersyukur kerana tidak pernah meninggalkan teman lelaki saya untuk lelaki lain

Sebaliknya saya bersyukur ditinggalkan kerana saya masih ada peluang untuk memilih yang terbaik.

Saya bersyukur dikurniakan teman-teman terbaik susah dan senang.

Saya bersyukur diberikan teman-teman yang sentiasa memberikan keceriaan.

Saya bersyukur diberikan teman-teman yang memahami dan membantu menyelesaikan masalah.

Saya bersyukur saya tidak perlu kembali ke kolej semata-mata untuk repeat paper.

Saya bersyukur dengan Result saya.

Saya bersyukur teman-teman saya berjaya menghabiskan pengajian bersama saya.

Saya bersyukur rumah sewa saya berada di seksyen 15 bangi.

Saya bersyukur saya tidak payah mengayuh beskal untuk semata-mata ke Ameer Ali untuk makan Nankima dan kadang-kadag bertukar selera makan Nasi Goreng Belacan Fareez Maju kerana tempat ini berdekatan dgn rumah sewa saya.

Saya bersyukur stadium besar gedabak depan rumah sewa saya saya pernah round lebih 10 kali

Saya bersyukur kerana menghabiskan masa 3 tahun di Bangi dgn penuh kegembiraan, dugaan, dan mcm2 lagi.

Saya bersyukur saya masih diberikan peluang meneruskan hidup walaupun mempunyai masalah pernafasan ketika berumur 2 tahun.

Saya bersyukur saya tidak tomboy.

Saya bersyukur saya tidak lesbian

Saya bersyukur saya tidak anorexia mahupun obesity.

Saya bersyukur walaupun saya pendek dan kaki akan berjuntai duduk kerusi tinggi tapi saya masih boleh berdiri dan duduk dengan sendiri.

Saya bersyukur dengan segala ujian dan dugaan yang berlaku dalam hidup saya.

Saya bersyukur dengan ketabahan hati yang ada.

Saya bersyukur saya tidak memilih.

Saya bersyukur saya bukan jenis suka meminta-minta

Saya bersyukur kerana hutang Mara saya bakal berkurangan.

Saya bersyukur kerana saya tidak perlu meniru dalam final exam semata-mata bagi kegembiraan kepada mak ayah saya dgn kejayaan palsu semata.

Saya bersyukur saya tidak cantik, tidak hodoh dan tidak lupa diri.

Saya bersyukur saya tidak sombong dan saya friendly

Saya bersyukur saya tidak minat Korea.

Saya bersyukur tahun depan birthday saya hari Sabtu :)

Saya bersyukur saya tidak perlu memakai high heels walaupun saya pendek.

Saya bersyukur walaupun saya tak pandai BI tapi saya boleh paham count on me tu bukan kira biri-biri di ladang mahupun mcm Bruno Mars count 1,2,3..

Saya bersyukur saya tak simply panggil org sayang mcm orang lain suka buat.

Saya bersyukur saya reti masak, even tak mcm chef tapi at least nanti suami saya tak mati kebuluran

Saya bersyukur saya tak pernah memaki perempuan yang merampas.

Saya bersyukur walaupun saya gemok tapi ade yang sukekan saye..:p

Saya bersyukur walaupun bila berada di bangi dan pergaduhan parking berlaku..kami masih setia tidak mengotakan janji cabut tayar dan buat polka dot. haha

Saya bersyukur handphone saya walaupun dah jatuh dgn penuh berkecai tapi masih boleh digunakan.

Saya bersyukur ada orang baca blog saya.

Saya bersyukur saya tak perlu pakai pendakap gigi

Saya bersyukur saya dilahirkan di Ranau Sabah.

Saya bersyukur parut di mata kiri saya tak jelas kelihatan

Saya bersyukur saya tak ada sebab nak voodoo spell orang yang suka sakitkan hati saya.

Saya bersyukur saya masih ada iman

Saya bersyukur saya gembira tanpa awak.

Saya bersyukur saya ada baby EOS 550D

dan terbaru, saya bersyukur akhirnya saya sudah ada instax mini pink.

Saya bersyukur saya tidak mabuk dalam flight dan tidak pernah tertinggal flight

Saya bersyukur walaupun saya mabuk dalam kereta tapi belum pernah muntah dalam kereta.

Saya bersyukur saya pernah pegang M-16 dan melepaskan das2 tembakan bukan das kentut!

Saya bersyukur negara kita aman dan damai

Saya bersyukur i can sleep with the light off.

Saya bersyukur ada orang masih sedang membaca.

Saya bersyukur walaupun saya seringkali buka puasa sorang diri sepanjang ambil dip, saya masih ada dikurniakan rezeki untuk makan.

dan Saya bersyukur kadang-kadang ada superman datang teman kan berbuka

Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama keluarga tersayang.

Saya bersyukur dengan kewujudan contact lens yang membantu golongan mata empat mcm saya untuk bergerak selesa tnpa kehadiran besi2 depan mata.

Saya bersyukur dengan kewujudan mesin cash deposit mengurangkan Q panjang yang hampir menyerupai huruf S dan paling teruk huruf W!

Saya bersyukur ibu bapa saya tidak pernah putus memberikan saya duit belanja setiap bulan

Saya bersyukur saya tidak mempunyai sebarang talian invisible dengan mana-mana keluarga lain setakat ini.

Saya bersyukur dengan adanya CIMB clicks.

Saya bersyukur dengan elaun duduk rumah saya.

Saya bersyukur saya ada kawan lelaki yang boleh dipercayai.

Saya bersyukur saya ada kawan lelaki yang boleh berkongsi masalah.

Saya bersyukur saya ada laptop walaupun guna windows starter.

Saya bersyukur laptop saya tak banyak ragam walaupun da tukar windows premium pirate.


Saya bersyukur kerana orang yang membaca ini masih terus membaca

Saya bersyukur saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana perhimpuan haram

Saya bersyukur saya tidak obses dengan orang kaya.

Saya bersyukur saya masih waras.

Saya bersyukur ada orang yang geleng-geleng kepala atau kata tak payah setiap kali saya nak beli barang, bila difikirkan semula saya tak menyesal.*will you be there for next year?

Saya bersyukur rumah saya ada kuali.

Saya bersyukur bekas teman lelaki saya baru seorang. err

Saya bersyukur saya masih hidup

Saya bersyukur saya telah sedar akan kepentingan duit dalam hidup.

Saya bersyukur dengan setiap pemberian

Saya bersyukur saya tidak merokok.

Saya bersyukur saya tak perlukan match maker

Saya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah.

Saya bersyukur saya tidak berhutang dengan mana-mana orang selain hutang Mara

Saya bersyukur saya mampu mengharugi PLKN dengan baik. :p

Saya bersyukur saya tidak membenci sesiapa.

Saya bersyukur saya ada dua kampung =)



Saya dengan ini berazam untuk menjadi insan yang lebih berguna. Menjadi Iena yang lebih sihat* sihat bukan maksud dia menjadi lebih gemuk. Gemuk kau akan tak sihat sebab potential dapat heart attack, diabetes, kencing manis dan bermacam-macam lagi. Jadi saya memilih untuk jadi sihat, sihat awak akan makan makanan berkhasiat dan menjadi semakin slim shady kalau awak tak makan benda merepek iena! dan kurangkan tidurrrr!

 Saya juga berazam belajar dengan lebih cemerlang, untuk menjadi orang yang berkerja dan berjaya atau lebih ringkas berkerjaya. Dan semakin matang menyusuri onak dan duri kehidupan dan. Dan masih berkesempatan boleh menjana bonus waktu kerja!

Kau jangan, sekarang orang dok senyum bonus banyak, nanti bila turn kita kerja bonus tada gaji ciput. Macam mana aku nak pakai SK-II mcm ni? Macam mana aku nak beli Volkswagen Touareg 10 tahun akan datang mcm ni? Macam mana aku nak buat rumah atas bukit kalau gaji takda bonus?!


Selamat Tahun Baru,
Azam saya hanya satu,
Nak penuhi azam walaupun berliku, 
Kalau saya menipu awak tolong luku.

Jari jemari tak runcing,
tapi Alhamdulillah. Bersyukur.

Turning 22 years old. Ya, I'm getting old, macam kau tidak. Bluek!
Cute. Pictures, Images and Photos

6 comments:

Nur Farah said...

saya bersyukur masih ade yang bace?/ hahaha.. ayat.. btw fara bersyukur sebab kenal iena.. you just adorable person to me.. always move formward okeyh and gudluck for your life.. mudahan2 kite sentiase berada dibawah lindunganNYA and menjalani kehidupan dengan rase bersyukur selalu.. amin...

Iena Ruaina said...

Haha, lame saying. Ngee. I'm glad to know you to Fara =) Rindu nye ngan Fara. Nanti Iena datang kelate kite jumpe k!

Big thanks, you to. InsyaAllah hendaknya =) Amin <3 thanks sayang.

aqma.naz said...

wahh panjang nye entry.. wahhh sy bersyukur kerana kite berkawan.. heee... selamat tahun baru iena..

Iena Ruaina said...

Aqma,

I'm glad to know you. Much bittersweet time together. Happy New Year dear =) IMY so much!

ANA said...

hei, saya bersyukur sebab ada ko dalam hidup sy as my bestfriend and my sister! :D

nice entry. dok senyum je aku baca entry ekau ni, iena. HAHA.

Iena Ruaina said...

Ana,

Finally you can view my Blog again. I'm sorry for the waiting. *kunu'

Haha, like I always did, besyukur dengan orang terhebat mcm kamurang yang di sayangi :)