Friday, May 8, 2009

syeikh ahmad yassin

sheikh ahmad yassin..


lahir pada 1937 dan berkerusi roda sejak terlibat dengan kemalangan semasa berusia 12 tahun. Beliau adalah pengasas Hamas bersama Abdel Aziz al-Rantissi pada 1987. Biarpun cacat, Syeikh Ahmad Yassin yang berpendidikan tinggi (Universiti Al-Azhar) adalah pejuang yang sangat dihormati...
Pendiriannya tegas. Syeikh Ahmad Yassin menentang perjanjian damai dan baginya, Israel mesti dilenyapkan dari peta dunia, berkerjasama dengan Zionis adalah satu jenayah dan jihad menghapuskan Yahudi mesti diteruskan sampai Islam dan Palestin mencapai kemenangan.
Akibatnya, Syeikh Ahmad Yassin ditangkap tentera israel dan dipenjarakan. Beliau dibebaskan pada 1997 dalam keadaan hampir buta. Sejak itu, Syeikh Ahmad Yassin sering menjadi sasaran Israel dan akhirnya pada 22 Mac 2004, beliau terbunuh apabila diserang dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah helikopter tentera Israel ketika sedang disorong oleh pembantunya menuju ke masjid bagi menunaikan solat subuh.
Keadaan mayat Syeikh Ahmad Yassin amat menyedihkan. Seramai 200, 000 rakyat Palestin menghadiri pengebumiannya...
*napa ada manusia kejam wat gitu ngan orang yang baik aa?

2 comments:

Fadhilah said...

semoga allah merahmati rohnya..aaammminn.ske blog iena.very the informative.hehe

Iena Ruaina said...

aaamin..sia sedih ni tgk dia..nak sobing2 jew..eyh i lyk ur post bout ur mom..i miss my mummy..:(